Sebagai United Kingdom (UK), Australia dan New Zealand akan

Sebagai sebuah negara bekas jajahan British, Malaysia adalah salah satu anggota negara Komanwel. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel dianggap sebagai salah satu penyelesaian terhadap konflik yang berlaku di Malaysia pada ketika itu yang baru sahaja merdeka. Salah satu anggota negara komanwel yang membantu Malaysia dalam menghadapi konflik ancaman komunis adalah Australia. Pasukan tentera Australia telah dihantar untuk membantu Malaysia memburu dan menumpaskan gerakan komunis di hutan-hutan sekitar Kluang, Segamat, Johor semasa zaman darurat. Australia menerima arahan tersebut daripada kerajaan British untuk memastikan negara anggota Komanwel yang lain menerapkan sistem demokrasi dan kapitalis serta tidak tunduk dan menganuti sistem komunis yang mendapat sambutan di Russia dan China. Dalam menghadapi ancaman komunis, Malaysia telah terlibat dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara atau Five Powers Defence Arrangement (FDPA). Antara lima buah negara yang terlibat dalam latihan ketenteraan adalah Malaysia, Singapura, New Zealand dan United Kingdom. Kelima-lima buah negara tersebut telah menandatangani Perjanjian Dalam perjanjian pertahanan tersebut menyatakan mengenai latihan ketenteraan yang melibatkan lima buah negara. Keterlibatan Malaysia dalam latihan ketenteraan pada 1971, negara seperti United Kingdom (UK), Australia dan New Zealand akan membantu Malaysia dan Singapura sekiranya berlaku serangan dari negara luar. Keselamatan serantau yang melibatkan ancaman daripada mana-mana pihak seperti komunis harus ditangani dengan segera seperti yang termaktub dalam perjanjian tersebut. Latihan ketenteraan tersebut diadakan di rantau Asia Tenggara secara bergilir-gilir sebagai langkah untuk menguatkan lagi pasukan ketenteraan di negara masing-masing. Begitu juga, latihan ketenteraan diadakan untuk menunjukkan kekuatan kepada blok-blok komunis bahawa mereka tidak gentar dengan ancaman komunis dan dalam merangka strategi untuk menumpaskan gerakan komunis di Malaysia. Di Sarawak, ancaman komunis semakin menekan pada dekad 1960 dan ditambah pula dengan Pemberontakan Brunei 1962 serta Konfrontasi Indonesia menyebabkan keadaan semakin meruncing. Dalam penyelesaian kepada insiden yang berlaku di ketiga-tiga wilayah tersebut, Australia telah menghantar pasukan ketenteraan ke Sarawak, Sabah dan Brunei untuk memulihkan keadaan dengan memberkas pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan pemberontakan Brunei 1962, pengikut-pengikut komunis dan ahli-ahli Tentera Nasional Kalimantan Utara yang memberi sokongan terhadap pemberontakan Brunei 1962. Sebilangan besar pengikut komunis di Sarawak tidak dapat dikesan setelah pemberontakan Brunei 1962 berlaku dan dikatakan juga bahawa mereka telah melarikan diri ke Kalimantan dan China untuk mengelakkan ditahan oleh pasukan keselamatan.      Pengikut komunis di Sarawak terlibat dalam memberi sokongan untuk melancarkan pemberontakan Brunei 1962 sebagai tanda sokongan mereka terhadap usaha A.M Azahari untuk menyatukan ketiga-tiga wilayah tersebut. Penglibatan pengganas komunis yang sebilangan besarnya merupakan ahli Parti Komunis Sarawak adalah sebagai tanda sokongan terhadap Brunei dan menolak pembentukan Malaysia 1963 serta meneruskan perjuangan untuk mendirikan kerajaan republik komunis di Sarawak. Parti Komunis Sarawak mengambil kesempatan terhadap insiden yang berlaku sebagai tanda protes terhadap rancangan pembentukan Malaysia 1963. Dalam laporan Brunei State Intelligence Report, terdapat lima orang berbangsa Cina telah ditangkap pada 11 November 1963 kerana terlibat dalam pemberontakan Brunei 1962 iaitu: