Di ada juga individu yang sanggup berhutang agar dapat

Didalam era globalisasi ini, budaya berhutang semakin berakar umbi dalam kalanganmasyarakat kita bahkan budaya berhutang ini juga turut menjadi fenomena dizaman Rasulullah s.

a.w. Budaya berhutang bukanlah perkara yang aneh lagi keranahutang merupakan  sumber pendapatan utamamasyarakat kita untuk melangsungkan hidup yang serba moden ini sama ada iauntuk keperluan atau kehendak diri sendiri.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Di dalam Islam budaya ini dibenarkanatas sebab-sebab tertentu namun terdapat segelintir masyarakat yang melampauibatas dengan berhutang melebihi kemampuan mereka sendiri dan akhirnya memberikesan yang buruk terhadap diri sendiri serta orang di sekelilingnya.Terdapatbeberapa faktor yang telah menyebabkan budaya berhutang ini semakin berleluasa.Antaranya ialah pinjaman kewangan untuk melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pendidikandengan dibiayai oleh pihak-pihak tertentu . Di zaman ini, ramai individuterpaksa mendapatkan pinjaman peribadi semata-mata untuk mendapatkan pendidikankerana kos pengajian yang terlalu tinggi untuk dibayar ditambah pula dengan keadaanekonomi yang semakin meningkat terutamanya individu-individu yang melanjutkanpelajaran di universiti swasta ataupun universiti di luar negara. Sebagaicontoh disebabkan keinginan dan minat yang mendalam, terdapat segelintirindividu sanggup melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti swastaatau di luar negara seperti Mesir walaupun kos pengajian mencecah RM500000.00secara kasarnya kerana mereka tidak dapat menyambung di universiti awam. Selainitu, terdapat juga individu yang berhutang untuk memenuhi keperluan hidup. Rasulullahjuga s.

a.w pernah berhutang semasa membeli makanan kepada seorang Yahudi denganmencagarkan baju besi milik baginda sebagai jaminan hutang tersebut,diriwayatkan oleh Aisyah (HR. Bukhari, 2386 & Muslim, 1603). Pada zamanyang serba moden ini, kos sara hidup yang tinggi telah menyebabkan ramaiindividu terpaksa berhutang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kadar GSTsebanyak 6% juga turut menyumbang kepada kos sara hidup yang tinggi dan inimenyukarkan individu untuk menjalani kehidupan seharian dengan tenang.

Akhirnya,segelintir individu terpaksa mengambil keputusan untuk berhutang dengan membuatpinjaman peribadi agar dapat meneruskan kehidupan harian dengan lebih mudah. Berdasarkan statistik rasmiyang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sehingga September 2008 jumlahpinjaman peribadi adalah sebanyak RM4.5 billion. Statitik ini dapat memberigambaran kepada kita bahawa budaya ini telah menjadi sebahagian hidup daripadaindividu masa kini.

            Seterusnya, ada juga individu yang sanggup berhutang agardapat hidup dengan mewah seperti kehidupan orang lain. Hal ini merupakanperkara biasa yang berlaku dalam kalangan anak muda kita hari ini. Disebabkaningin mengejar populariti dunia, ada individu yang cetek akal sanggup membuatpinjaman agar dapat membeli barangan-barangan mewah agar tampak bergaya di matamasyarakat. Ada juga individu yang masih belajar dan membuat pinjaman membelikereta mewah. Malah yang lebih teruk ada yang sanggup meminjam daripada Ah Longdan akhirnya memakan diri sendiri kerana tidak mampu membayar hutang tersebutkerana faedah yang dikenakan sangat tinggi.            Jurang pendapatan yang tinggi juga menjadi salah satufaktor yang menyumbang budaya berhutang ini berakar umbi dalam nadi masyarakatkita.

Hutang isirumah ini berlaku di serata dunia termasuklah di negara kita.Ibu bapa masa kini amat mementingkan kesenangan hidup sekeluarga untuk jangkamasa yang panjang. Hal ini telah menyebabkan mereka yang mempunyai keluarga danmempunyai pendapatan rendah atau sederhana merancang dengan lebih teliti untukseumur hidup. Mereka membuat pinjaman dengan kadar yang mampu dibayar berdasarkanpendapatan kekal dan bukannnya pendapatan sementara. Di sudut psikologi dansosiologi, orang-orang seperti ini memaksimumkan kepuasaan kepenggunaannya denganberhutang walaupun ianya bersifat sementara.